DjMansor TVTalk

DjMansor TVTalk
How to Become a Better Public Speaking in 2 Hour?

Monday, November 4, 2013

APAKAH KENYATAAN AKHBAR?

MODUL 7: PENULISAN BERITA DAN KENYATAAN AKHBAR TAJUK KERTAS KERJA: “KENYATAAN AKHBAR ” UNTUK PENSYARAH: PUAN NORHAYATI BTE RAMLEE yatie_yaman@yahoo.com NAMA PELAJAR: CHUAT AL LANGKAP (EDMRC4-03) DJ MANSOR ABU BAKAR (EDMRC4-04) TUN AHMAD LATFI MOHD IBRAHIM (EDMRC4-05) 9 NOVEMBER 2013 BAB 7 - KENYATAAN AKHBAR • Pengenalan - Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan akhbar? • Format kenyataan akhbar • Kenyataan akhbar kerajaan • Kenyataan akhbar agensi bukan kerajaan NGO, dan Iain-Iain. • Kenyataan akhbar syarikat swasta BAB 7 - KENYATAAN AKHBAR Objektif pembelajaran; Di akhir bab ini pelajar akan dapat:- • Memahami bagaimana menyediakan kenyataan akhbar, • Memahami bagaimana menstruktur kenyataan akhbar yang berkesan dan baik, • Memahami kebaikan menyediakan kenyataan akhbar. Apakah kenyataan akhbar? Kenyataan akhbar ialah sesuatu kenyataan yang dikeluarkan secara rasmi oleh sesebuah organisasi mengenai sesuatu berita atau maklumat yang berkaitan dengan organisasi terbabit. la juga berupa pendirian organisasi tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan bidang kegiatan organisasi berkenaan. Kadangkala kenyataan akhbar, "PRESS Release", juga disebut kenyataan media . Jelas bahawa kenyataan media adalah lebih bersesuaian kerana kenyataan akhbar tidaklah terhad kepada media cetak sahaja tetapi juga meliputi media elektronik yang lain. Siapakah yang menggunakan Kenyataan media? Kenyataan media merupakan salah satu cara paling murah dan mudah untuk kita mengumumkan sesuatu berita. Ia berupa cerita hasil karangan anda dan dikirimkan terus kepada wartawan atau meja berita dengan harapan berita itu akan diterima, diolah semula, sehingga menjadi tajuk perbualan di bilik berita. Satu temubual lanjut "followup" berkaitan berita tersebut akan dirancangkan. Pihak yang selalu menggunakan kenyataan akhbar sebagai suatu cara menghebahkan aktiviti atau urusan mereka ialah kementerian atau jabatan-jabatan tertentu kerajaan. Ini tidak dapat dielakkan kerana kementerian dan jabatan mempunyai banyak aktiviti dan acara yang dijalankan di semua peringkat. Apakah tujuan sesuatu kenyataan media itu? Kenyataan akhbar oleh pihak kerajaan biasanya ialah untuk menunjukkan kerajaan menjalankan tugasnya. Lebih-lebih lagi tugas dan tanggungjawab jabatan kerajaan ada kaitan dengan orang ramai. Jadi kenyataan akhbar merupakan sesuatu yang penting. Sebagai peringatan! Anda jangan sekali-kali menghantar kenyataan iklan produk sebagai satu kenyataan media. Kredibiliti anda sebagai pegawai media perhubungan awam pasti terjejas, dipertikai dan perhubungan anda dengan wartawan dan editor tidak akan mencapai matlamatnya. Format kenyataan akhbar Kenyataan akhbar biasanya disusun mengikut "keutamaan" maklumat; dan matlamat apakah kesan yang hendak dicapai dengan penyiaran maklumat berkenaan. la juga perlu mempunyai maklumat lengkap selain daripada topik-topik yang menjadi inti pati berita. Maklumat lengkap seperti siapa, di mana, bila dan kenapa perlu menjadi sebahagian daripada struktur kandungan berita yang disampaikan. PERSOALANNYA! Apakah topik yang sesuai sebagai asas satu kenyataan media? Satu kenyataan media harus mempunyai nilai berita. Contohnya, Sekiranya ada pelancaran satu produk baharu, penemuan inovasi terbaharu, satu kerjasama antara syarikat, satu kajian kes yang menarik, atau mungkin juga satu amaran kepenggunaan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, termasuk jugalah acara kebajikan dan acara tanggungjawab sosial syarikat korporat, CSR serta sesuatu pertandingan yang penting. Bagaimanakah untuk mengetahui siapakah seharusnya menerima kenyataan media? Tidak kira apakah topik atau perkara yang anda pilih, kenyataan media haruslah dihantar tepat kepada organisasi media yang betul. Pastikan penerima yang tepat dan tidak berterabur sahaja. Di sinilah terlihatnya kredibilliti anda sebagai pegawai media atau perhubungan awam. Contohnya, sekiranya syarikat anda mempunyai satu rekebentuk baharu sebuah model kapal layar, janganlah kenyataan media kapal layar ini dihantar kepada penerbit majalah berkaitan basikal. Jadi, pastikan anda tahu, siapakah sasaran khalayak anda - yakni pelanggan yang akan membeli produk atau perkhidmatan anda itu. Pastikan anda tahu apakah media akhbar atau majalah yang mereka baca? Saluran dan siaran televisyen apakah yang mereka tonton? Maka sebagai pengamal media, anda harus menjalankan penyelidikan media dan hubungilah wartawan yang betul serta pemilihan organisasi media tempatan yang paling tepat. Seperkara lagi, yang amat penting, tidak kiralah kepada siapa kenyataan media yang anda hantar, sebaiknya ambil tahu apakah liputan yang pernah mereka siarkan terdahulu. Cuba baca, tonton atau dengar siaran media tersebut. Apakah antara topik yang telah mereka siarkan? Kenalpasti apakah "style" gaya mereka? Siapakah sasaran khalayak mereka? Adakah untuk ahli perniagaan atau adakah untuk usahawan? Adakah pembacanya wanita? Adakah kanak-kanak atau remaja? Adakah untuk pencinta sukan? Penggemar makanan? Atau mungkin berita tentang penjagaan kesihatan? Apakah kategori sesuatu kenyataan akhbar? Kenyataan akhbar boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu; i) Kenyataan akhbar oleh agensi kerajaan. ii) kenyataan akhbar oleh agensi bukan kerajaan (NGO), iii) Kenyataan akhbar oeh Syarikat Swasta. Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan Kenyataan akhbar kerajaan biasanya disediakan hanya bagi menyampaikan sesuatu maklumat rasmi atau menjelaskan sesuatu pendirian kerajaan. la lebih bertujuan untuk memberitahu orang ramai tentang sesuatu peristiwa atau keputusan yang berkaitan dengan masyarakat. Kenyataan akhbar agensi bukan kerajaan (NGO) Kenyataan akhbar oleh NGO biasanya merupakan kenyataan yang dikeluarkan sebagai mengulas sesuatu keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan atau sesuatu yang membawa akibat kepada kesejahteraan masyarakat. Kenyataan pendirian dan seruan untuk bantuan misalnya menjadi sesuatu yang lazim bagi NGO. Melalui NGO suara khalayak atau kelompok yang diwakili mereka dapat dilahirkan atau dikeluarkan secara teratur dan jelas. Kenyataan akhbar Syarikat Swasta Bagi syarikat swasta pula kenyataan akhbar yang mereka keluarkan lebih berupa sesuatu yang bertujuan menarik minat orang ramai terhadap produks atau perkhidmatan yang mereka berikan. Walaupun kerap terjadi syarikat swasta menggunakan kaedah berupa aktiviti kebajikan atau aktiviti yang tidak komersial pada rupa wajahnya namun matlamat akhirnya mereka tetap mengenai perkiraan soal untung rugi dalam perniagaan. Mengapakah kenyataan akhbar penting? Antara ciri yang mesti dimillik dalam sesebuah kenyataan akhbar ialah ia harus mempunyai maklumat yang ringkas padat dan tepat berkaitan sesuatu organisasi bagi menghebahkan aktiviti program mereka kepada khalayak. Kenyataan akhbar juga penting sebagai satu lagi bentuk sumber berita yang disampaikan secara langsung oleh sesuatu pihak bagi tujuan untuk memaklumkan tentang sesuatu perkara, keputusan, laporan atau mengumumkan mengenai sesuatu dasar. Persidangan berita atau juga disebut "Press Conference" biasanya diikuti oleh sesi soal jawab antara penganjur, tokoh, selebriti, artis dan mungkin juga pemimpin bagi sesebuah organisasi dengan pihak media yang hadir. Persidangan media biasanya diadakan dengan menjemput semua agensi media mengenai sesuatu berita yang "panas" atau yang menarik minat orang ramai. Melalui persidangan berita yang dilengkapi dengan soal jawab penjelasan dan huraian tentang sesuatu berita dibuat dengan sebaik mungkin oleh pihak yang memanggil persidangan berita tersebut. Pada kebiasaannya, matlamat persidangan berita ialah hendak meleraikan sesuatu masalah yang timbul dengan cara yang sebaik mungkin. Persoalannya, adakah anda seorang penulis yang baik? Ramai beranggapan untuk menulis satu kenyataan mendia, anda perlu memenuhi syarat dan terma tertentu akan tetapi andalah seorang penullis yang baik? - Jangan bimbang sekiranya anda tidak sehebat seorang wartawan yang bijak menulis berita. Anda tidak perlu ada kemahiran itu. Apa yang penting ialah, cerita anda itu menarik dan pihak media akan membantu anda untuk mencapai tujuan kenyataan media anda tersebut. Sekiranya kenyataan media murah dan mudah, mengapa tidak ramai orang yang menulisnya? Sebenarnya, tidak semua kenyataan media berjaya menarik perhatian para wartawan. Walaupun mereka menerima begitu banyak kenyataan media setiap hari. Oleh sebab itulah, kenyataan media anda haruslah menarik dan ada kelainan. Sehubungan dengan itu, kaedah penulisan secara "Piramid Terbalik" boleh dipraktikkan dan akan membantu menjadikan kenyataan media anda amat menarik. Perlukah saya lampirkan gambar foto dan grafik bersama kenyataan media? Sebenarnya apa sahaja bahan yang sesuai dan boleh membantu kefahaman para wartawan adalah digalakkan. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai visual atau fakta grafik statistik terkini dan dapat menjelaskan lagi kenyataan media anda, amat digalakkan. Para wartawan akan berusaha sedaya upaya untuk menyiarkan berita anda; atau jika tidak menarik, akan dibuang sahaja ke tong sampah. Perlukah saya menyediakan maklumat selengkapnya sehingga sesuatu berita itu disiarkan? Sebenarnya, rahsia pendekatan menggunakan "Kaedah Pyramid terbalik", ialah maklumat sampingan yang kurang penting diletak di bahagian bawah berita. Manakala intipati cerita atau isi penting ditulis di bahagian perenggan pertama kenyataan media. Sebaiknya mulakan perenggan pertama kenyataan media anda dengan makluman informasi yang paling penting. Oleh itu, marilah kita mulakan menulis kenyataan media yang terbaik! 1. Pilihlah sudut berita "angle" yang terbaik: Ini harus relevan kepada pemilihan tajuk dan sasaran media. Antaranya; • kenyataan kempen atau amaran • satu kajian penyelidikan terbaharu • kajian berkaitan manusia/ emosi • sudut bajet atau perancangan kewangan • penemuan inovasi terbaharu • info perniagaan atau keusahawanan • isu dan ehwal semasa • sudut pendedahan kontroversi 2. Penulisan perenggan pertama dan kedua: Inilah perenggan terpenting. Mengandungi kunci utama berita iaitu Siapa, Apa, Mengapa, Bila dan Di mana. Ini adalah struktur asas penulisan berita. Sebaiknya disertakan sinopsis ringkas tidak lebih 60 patah perkataan sahaja. 3. Jangan terlebih panjang: Idea asal kenyataan media adalah untuk makuman kepada wartawan. Sekiranya cerita anda penting pasti menarik minat wartawan menghubungi anda selanjutnya. Oleh itu, anda tidak perlu menulis panjang lebar. Satu muka surat sudah memadai. 4. Taip selang 2 baris: Sebaiknya penulisan teks kenyataan media selang dua baris. Ini akan memudahkan wartawan atau editor untuk mencatat komen meraka. Ingat! Sekiranya anda memudahkan kerja mereka, peluang kenyataan media anda diterima juga lebih cerah. 5. Gunakan format kenyataan media yang mudah: Para wartawan amat mengharapkan anda menggunakan format yang mudah kerana ini menunjukkan anda seorang profesional. Petikan "Quotation" mudah menarik minat wartawan. Tulislah secara italik dan inverted comma. Gunakan kata ganti nama diri kedua ( dia, beliau). 6. Gunakan huruf besar bagi perkataan KENYATAAN MEDIA: Tuliskannya di bahagian atas kenyataan media anda. Jika anda menggunakan kepala surat dan logo serta tarikh, ini adalah lebih baik. Namun jika anda ingin menambah maklumatnya kemudian, sila tuliskan Embargo sehingga satu tarikh yang sesuai. 7. Tuliskan tajuk berita anda: Kadang-kala lebih mudah menulis tajuk berita setelah anda selesai menyiapkan kenyataan media anda. Tajuk berita ini sangat penting kerana ia akan menarik perhatian pembaca; oleh itu berilah tumpuan lebih kepada tajuk berita. Pastikan tajuk berita itu ringkas, padat dan tepat. 8. Nyatakan acara akan datang: Sekiranya anda merancang sesuatu acara pada masa akan datang, " upcoming event ", Sila nyatakan lokasi, masa, dan talian yang boleh dihubungi. 9. Penutup: Bagi memudahkan wartawan dan editor, sila semak ejaan dan pemilihan kosa kata yang betul dan akhiri kenyataan media anda dengan simbol ini; (### atau TAMAT). • Soalan ulangkaji • Rujukan

No comments:

Post a Comment